KUALA LUMPUR: Sasaran kerajaan untuk memuktamadkan Mekanisme Harga Getah Untuk Kesinambungan Hidup Pekebun Kecil (LRPM) menjelang tahun ini dilihat sebagai agak mencabar, namun mampu direalisasikan jika setiap negara pengeluar menyedari kepentingan pendapatan mampan bagi kelangsungan hidup golongan itu dan petani.
Mantan Presiden Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
"Kesukarannya adalah dari segi pelaksanaan dan keikhlasan negara-negara yang terbabit. Sehubungan itu, kita perlu bekerja setelus mungkin.
"Industri pengeluaran sarung getah misalnya, pasti akan menyokong inisiatif ini jika wujud satu penyelesaian yang wajar dan kondusif bagi menangani kesukaran pengeluar komoditi itu," katanya kepada Bernama.
Low berkata, mekanisme itu juga perlu mewakili satu struktur yang mudah untuk diikuti selain telus.
Sebelum ini, usaha mencapai persetujuan bersama adalah sukar walaupun Thailand, Indonesia dan Malaysia berstatus sebagai tiga negara pengeluar utama.
"Oleh itu, apa dan bagaimana untuk bersepakat bersetuju mengenainya adalah sesuatu yang mencabar kerana wujud banyak negara pengeluar dan bukan pengeluar yang turut terbabit," katanya.
Sebagai rujukan, harga getah jauh lebih tinggi pada suku pertama 2024 berbanding tempoh sama setahun lepas.
"(Harga purata Getah Mutu Malaysia) SMR 20 pada 2023 ialah RM5.9735 sekilogram manakala susu getah pukal pada RM5.2375 sekilogram.
"Pada suku ini, kita melihat harga purata SMR 20 adalah pada RM7.2715 sekilogram manakala susu getah pukal RM6.4636 sekilogram yang merupakan peningkatan besar dan pendapatan baik untuk pekebun kecil," katanya.
Namun, Low berpendapat bahawa kerajaan boleh meneruskan pemberian subsidi jika petani terbukti tidak meraih pendapatan.
"Subsidi kerajaan adalah lebih mudah kerana ini tidak akan menjejaskan daya maju pengguna dan pengeluar," katanya.
Pada Isnin, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan mengambil maklum mengenai isu-isu yang menjejaskan mata pencarian dan kebajikan pekebun kecil getah di negara ini.
Selain bertujuan melindungi mata pencarian pekebun kecil, beliau berkata LRPM akan membolehkan harga getah asli berada dalam julat harga tetap untuk mengurangkan ketidaktentuan berkaitan harga getah di peringkat global.
Malah, langkah memperkenalkan LRPM menjadi antara agenda tumpuan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) bagi mengawal harga getah dalam pasaran antarabangsa.
Namun, katanya kerajaan memerlukan masa bagi memuktamadkan keputusan berkenaan kerana perlu menunggu persetujuan bersama antara negara pengeluar.
Jika dipersetujui setiap negara pengeluar, LRPM dijangka dapat dimuktamadkan dalam tahun ini dengan paras harga getah untuk pasaran eksport tidak boleh rendah daripada kombinasi kos pengeluaran dan kos sara hidup pekebun kecil.
"Sama seperti komoditi berorientasikan eksport yang lain, harga getah turut dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan global dan campur tangan kerajaan bukanlah mudah dan hanya pada tahap minimum kerana pengeluaran getah negara hanya menyumbang 3.3 peratus daripada jumlah pengeluaran global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Jika dipersetujui setiap negara pengeluar, LRPM dijangka dimuktamadkan tahun ini dengan paras harga getah untuk pasaran eksport tidak boleh rendah daripada kombinasi kos pengeluaran dan kos sara hidup pekebun kecil. - Gambar hiasan/BERNAMA
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac
Bermula Januari, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
Mekanisme harga getah untuk kesinambungan hidup pekebun kecil dijangka dimuktamad tahun ini - KPK
Antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah ANRPC.
Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar utama dunia stabilkan harga getah
Kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran menerusi kerjasama dengan negara pengeluar getah utama.
Kerajaan beri tumpuan R&D untuk tingkat produktiviti getah
Pelbagai kajian dilakukan termasuk berkaitan penyakit seperti akar putih dan juga kaedah torehan lebih baik untuk hasil lebih banyak.
PRN: Harga getah hanya untungkan negara luar, tidak selari dengan mata wang negara
Kerajaan dilihat gagal mengatasi isu kadar harga getah yang merundum sejak sekian lama meskipun negara ini kaya dengan pengeluaran hasil berkenaan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.
Harga rendah: Kerajaan komited bantu pekebun kecil getah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor getah.